Qudwah Hasanah

Zikrullah fi kulli makan wa kulli zaman..


Assalamualaikum. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi kerna masih lagi memberi kesempatan buat diri ini untuk meneruskan perjuangan agar para pembaca dan juga khususnya buat diri ana sendiri dapat mengislahkan diri dan memperbaiki di mana-mana sahaja. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga, sahabat, dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda.

Ana nak tanya antum. What is your observations?? Atau apa pandangan antum apabila melihat gambar yang ada di bawah ini?



Mungkin sebilangan antum akan berkata "ohh..cawan ini berisi separuh air" atau "ada air dalam cawan tersebut" Betul?? Ok. Cuba kalau kita berfikir dengan tenang dan beristighfar seketika. Kenapa kita tidak cakap yang cawan tersebut tidak berisi separuh ataupun ada ruang kosong dalam cawan tersebut.

???????????????

So, that's the point that I want to open our mind. Gambaran tersebut sebenarnya adalah suatu analogi atau perumpamaan sahaja mengenai sifat yang ada dalam diri setiap manusia iaitu sifat bersangka baik atau buruk yang bersarang di dalam hati kita. Kenapa apabila ternampak atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang berlaku depan mata kita atau di tempat lain. Kita suka pandang dari sudut su'u zon (bersangka buruk) dan tidak mendahulukan husnu-zon (bersangka baik) seperti apa yang disarankan oleh Rasul kita?? Kenapa?? Tepuk dada tanya Iman. Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran;

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah dari banyak bersangka, sesungguhnya sebahagian dari bersangka itu adalah berdosa"

(Al-Hujurat: 12)

Bukan apa, manusia sekarang suka bersangka buruk dengan sesama sendiri tidak kira sahabat atau sanak saudara. Sekiranya amalan ini berterusan, ia akan mewujudkan suasana yang tidak tenteram. Tak nampak pun?? Yang tidak tenteramnya adalah di dalam hati, bukannya persekitaran. TETAPI! Apabila hati tidak tenteram, maka sifat kebencian dan permusuhan akan wujud kerana pengaruh sifat bersangka buruk tersebut. Maka, dengan ini wujudlah suasana yang tidak aman dan mungkin jika lebih teruk akan lahirlah pembunuhan dan khianat-mengkhianati.

Deduksinya, renung-renungilah apakah selama ini kita asyik memandang dari sudut su'u zon ataupun husnu zon. Adakah kita mendahulukan bersangka baik atau buruk. Ana akui, bahawa amat sukar untuk bersangka baik. Kita tidak tahu apakah niat seseorang itu. Mungkin dari riyak wajahnya kita boleh nampak. Tapi, kalau salah anggapan kita bagaimana?? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Akhir sekali, Rasulullah pernah berpesan dan pesanan ini sering diucap oleh sahabat ana iaitu "bahawa selemah-lemah berukhuwwah adalah bersangka baik". Wallahua'lam.

0 comments:

Post a Comment

Soppo Anyim??

My photo
Salammualaik kpd antum semua..Mohamad Adib ibn Mohamad Suhor, s'orang hamba Allah yg lemah & sentiasa mencari maghfirah dan mardhatillah...

Followers