Qudwah Hasanah

Zikrullah fi kulli makan wa kulli zaman..



Assalamualaikum kepada para pembaca yang ana kasihi. Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi memberi peluang kepada ana untuk meneruskan penulisan ana pada kali ini. Tidak lupa selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. "Pejam celik-pejam celik, tup-tap dah pertengahan tahun" Itulah yang mungkin kita selalu dengar dari mulut sahabat kita. Ya, betul tu. Sekarang telah pun memasuki bulan ke 5 ataupun bulan peperiksaan. Di mana segala ilmu yang kita dok belajar dan dok kumpul lebih kurang 4 bulan yang lalu, akan diuji oleh para murabbi dan murabbiah kita.

Adakah kita benar-benar mengambil berat, mengambil kesah, mengambil tahu tentang ilmu kita selama ini? Haa, barulah kita sekarang ini dok risau, dok menggelabah macam cacing kena kepanasan api. Ana bukan apa, apabila nak masuk saja musim peperiksaan. Kita dok focus dekat benda tu saja. Boleh, tidak salah. TETAPI! Kita ini yang as Muslim still kena bertanggungjawab atas amanah-amanah kita seperti hak sebagai seorang anak,bab-bab dakwah dan lain-lain lagi.

Contohnya, bila seorang sahabat itu ajak untuk turun seketika dalam medan dakwah. "Maaf, ana busy la. Exam nak dekat ni. Lain kali je la" atau "Minah! tolong mak ambil kain jap. Minah sibuk study la mi, adik kan ada..." Aduh, bagaimana kita nak menggapai pertolongan Allah sedangkan kita tidak menolong agamaNya! Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran yang mafhumnya:

"Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya kamu menolong agama Allah Allah akan menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu"

(Muhammad:7)

Sekiranya kita menolong agamaNya, Allah akan menolong kita dengan mempermudahkan untuk kita fahami sesuatu pelajaran. Jadi, kita ini sebagai manusia pasti dha'if dalam bab-bab tertentu. Mungkin ada yang sukar untuk cepat tangkap pelajaran , mungkin ada yang sebaliknya. Tetapi, kemudahan untuk kita faham pelajaran itu adalah datang dariNya. Ia sama seperti hidayah cuma kita perlu berusaha untuk kita lebih faham. Tapi, kita ini yang dok dakwah-dakwah kena juga untuk belajar atau menuntut ilmu. Rasulullah S.A.W bersabda:

"Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap Muslim"

Konklusinya, menuntut ilmu itu dalah WAJIB dan berdakwah itu juga adalah WAJIB. Dan kepada sahabat-sahabat ana, dan mereka yang akan mengambil peperiksaan. Selamat maju jaya dan semoga antum mendapat petunjuk dan taufiqNya. Good luck!!


0 comments:

Post a Comment

Soppo Anyim??

My photo
Salammualaik kpd antum semua..Mohamad Adib ibn Mohamad Suhor, s'orang hamba Allah yg lemah & sentiasa mencari maghfirah dan mardhatillah...

Followers