Qudwah Hasanah

Zikrullah fi kulli makan wa kulli zaman..


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memberi keizinan kepada diri ana untuk sambung lagi menulis dalam blog ini selepas sekian lama meninggal. Seperti yang antum ketahui, kita sekarang berada dalam sannah jadidah(tahun baru) dan marilah kita membuat suatu anjakan paradigma pada iman kita, ibadah kita, pelajaran kita dan sebagainya.

Janganlah kita pada tahun ini masih dok fikir, kenang-kenang kembali lagi tentang benda-benda yang dah tidak berguna yang sudah berlalu yang tidak membawa apa-apa kebaikan kepada diri kita seperti bak kata orang melayu;

"Orang yang bagus adalah orang yang melihat kertas-kertas masa dahulu dan menjadikan sebagai pengajaran atau teladan dan orang yang bodoh adalah orang yang melihat kertas-kertas tersebut dan hanya bersedih tidak melakukan apa-apa"

dan lagi satu kata hikmah daripada orang putih;

"Let's bygone be bygone"

Jadi, secara khulasahnya antum tahu la. Ana pada tahun baru ini juga, banyak kerja yang harus dilakukan di medan ana berjihad iaitu di SMIK. Kerja dan amanah bertambah dan banyak lagi dan jadikan semua ini sebagai wasilah untuk mematangkan diri kita. Sekian.

0 comments:

Post a Comment

Soppo Anyim??

My photo
Salammualaik kpd antum semua..Mohamad Adib ibn Mohamad Suhor, s'orang hamba Allah yg lemah & sentiasa mencari maghfirah dan mardhatillah...

Followers