Qudwah Hasanah

Zikrullah fi kulli makan wa kulli zaman..

Apabila Lembu mendengar cerita Anjing
LEMBU : Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi
anjing , pergi jauh-jauh, najis!".

LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah
tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon,kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak
samak dosa?

LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah,
lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh
suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko memang powerla... manusia kena ubah pepatah "Pandai
macam LEMBU"


Khulasahnya:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa :

"Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.


Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya;

"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

Jadi, adakah kita mahu memilih nak menyerupai Lembu?? Anjing?? atau Dua Manusia tadi? Renung-renungkanlah dari kisah ini..

0 comments:

Post a Comment

Soppo Anyim??

My photo
Salammualaik kpd antum semua..Mohamad Adib ibn Mohamad Suhor, s'orang hamba Allah yg lemah & sentiasa mencari maghfirah dan mardhatillah...

Followers